Tuesday, September 6, 2011

BELAJAR TAJWEED

Al-Qur’an diturunkan dalam bentuk bacaan yang telah ditentukan. Membaca Al-Qur’an sebagaimana bacaan sewaktu mula-mula diturunkan, wajib hukumnya. Membaca Al-qur’an tidak sebagaimana bacaan waktu pertama kali diturunkan, haram hukumnya.

Tajwid adalah disiplin ilmu yang dibuat untuk mengajar pembaca, agar dapat membaca Al-Quran sesuai dengan contoh bacaan Rasulullah SAW. Oleh kerana itu, mempraktikkan tajwid, hukumnya adalah fardhu ‘ain. Setiap orang yang membaca Alqur’an, tanpa kecuali, harus mempraktikkan tajwidnya. Menguasai teori berupa penamaan hukum-hukum tajwid, hukumnya adalah fardhu kifayah. Oleh itu, adalah HARAM bagi orang yang telah mempelajari dan mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam bacaan. Bagi orang yang tidak mempelajari ilmu tajwid maka wajiblah ia belajar untuk menghindarkan dirinya daripada berterusan melakukan kesalahan tersebut.

Dewasa ini ramai dikalangan umat islam yang boleh membaca al-quran tetapi tidak mengetahui adakah bacaannya betul mengikut tajwid. Mereka harus mengkaji semula bacaan mereka, Kesalahan yang kecil selalu diambil mudah sedangkan ianya boleh merubah makna asalnya. Kesalahan tersembunyi seperti meninggalkan izhar, idgham, ikhfa', ghunnah, mad pendek panjangnya, tafkhim, tarqiq atau kata lain mengabaikan hukum tajwid dalam pembacaanya.

Hukum melakukan kesalahan tersembunyi seperti ini dalam bacaan, adalah haram jika dilakukan dengan sengaja atau pempermudahkannya. Sebahagian Ulama menghukumkannya sebagai Makruh.

Membaca Alqur’an dengan bertajwid hukumnya fardhu ‘ain. Pendapat tersebut didasarkan pada dalil sebagai berikut:
Firman Allah SWT: “Bacalah Alqur’an itu dengan tartil. (Q. S. Al-Muzzammil (73) : 4) Hadis riwayat Abu Umamah al-Bahili r.a, di mana Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya" Bacalah Quran, maka sesungguhnya dia akan datang di hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya..." (Hadis ke 1338 Sahih Muslim)

ASAS TAJWID

Belajar asas tajwid ini adalah sekadar untuk ingatan penulis mengenai hukum dan pembahagian tajwid sahaja, ianya sebagai nota peribadi untuk menjadi rujukan, boleh dikongsi dengan para pembaca dan disarankan sebaiknya hendaklah belajar ilmu tajwid ini berguru secara ber 'Talaqqi'. Jika ada kesalahan fakta tolong ditunjukkan. Penulis pun dalam perjalanan untuk mempelajari ilmu tajwid ini.

Isti'azah & Basmalah
Setiap kali ingin memulakan bacaan Alquran hendaklah membaca Isti'azah iaitu lafaz:
A'u zubillah hismina syaitonnirrajim.
Maksudnya" Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam" Hukum membacanya adalah sunat yang dituntut

Basmalah adalah ringkasan dari lafaz:
Bismillah hirahmannir rahim Maksudnya " Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Para Surrah bersepakat dalam menetapkan pembacaan Basmallah dalam memulakan awal surah dan antara dua surah adalah wajib kecuali surah At-Taubah. Ianya adalah sunnah Rasullulah.

HUKUM TAJWID

HUKUM NUN SAKINAH & TANWIN
Nun Sakinah adalah nun sukun yang tidak berbaris iaitu Nun Mati. Tanwin adalah baris dua samaada baris dua diatas, dibawah atau didepan.

IZHAR HALQI. (Izhar-Jelas)
Apabila Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf izhar halqi, cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung. Huruf izhar halqi adalah: Ho, Ain, Ha, Qhin & Hamzah.

IDGHAM MAAL GHUNNAH. (Idgham-Gabungan)
Bilamana Nun mati atau Tanwin bertemu dengan huruf Nun, Mim, Wau dan Ya, bacaanya di dengungkan.

IDGHAM BILA GHUNNAH.
Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ro dan Lam, bacaannya tidak didengungkan.

IZHAR MUTLAQ.
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Ya dan Wau dalam satu kalimah bacaan hendaklah jelas dan nyata tanpa dengung.

IQLAB. (Tukar)
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu huruf Bha (ada tanda Mim kecil ) makaNun ditukar menjadi bunyi Mim secara IKHFA (Samar dan Tersembunyi) dengan dengung.

IKHFA HAQIQI (Ikhfa-Sembunyi=Haqiqi bunyi dari kerongkong).
Bilamana Nun Mati atau Tanwin bertemu 15 huruf iaitu selain 6 huruf Izhar, 6 huruf Idgham dan 1 huruf Iqlab iaitu Tha, Sim, Jim, Dal, Zhal, Zhai, Shin, Syim, Shod, Dhod, Tho, Dho, Fha, Khob dan Khab, sebutan hendaklah secara Izhar (Jelas) dan Idgham berserta dengung. Ikhfa Haqiqi terdiri dari 3 jenis :
  • Ikhfa Haqiqi Kubra (Tinggi) (hurufnya Tha,Zal,Tho) Idgham
  • Ikhfa Haqiqi Sugra (Rendah) (hurufnya Khab dan Khob) izhar
  • Ikhfa Haqiqi Wusta (Sederhana) (hurufnya Sha, Jim, Zha, Zhai, Shim, Syim, Shod, Dhod, Tho dan Fha.

TANWIN BERTEMU HAMZAH WASAL (tanda hamzah kecil di atas)
Cara membaca dengan menambah Nun baris bawah (kasrah) sebelum hamzah wasal

HUKUM MIM SAKINAH.
Mim Sakinah ialah Mim tidak berbaris atau Mim Mati.

IDGHAM SYAFAWI. (Syafawi-Bibir)
Apabila huruf Mim Mati bertemu dengan huruf Mim berbaris hendaklah didengungkan.

IKHFA SYAFAWI.
Bilamana huruf Mim mati bertemu huruf Bha, bacaannya hendaklah didengungkan dengan sebutan Mim dibunyikan sebahagiannya sahaja (Ikhfa-tersembunyi-tidak jelas-renggangkan sedikit bibir)

IZHAR SYAFAWI.
Apabila huruf Mim mati bertemu huruf selain Mim dan Bha cara bacaannya hendaklah jelas tanpa dengung.

IZHAR SYAFAWI ASYAD.
Bilamana Mim mati bertemu huruf Wau dan Fha, bacaanya adalah secara Izhar tiada dengung.

HUKUM NUN DAN MIM BERSABDU SERTA HUKUM AL GHUNNAH (Dengung-Suara Sengau dari pangkal hidung)
Kadar harakat suara dengung dari Nun dan Mim Sakinah adalah 2 Harakat

WAJIBAL GHUNNAH.
Setiap huruf Mim atau Nun yang bersabdu wajib didengungkan dengan sempurna 2 Harakat

IZHAR QAMARI (Alif Lam Qamariah) dan IDGHAM SYAMSI (Alif Lam Syamsiah).

IZHAR QAMARI (Alif Lam Qamariyyah).
Mensukunkan bacaan Lam pada huruf Alif Lam bila bertemu huruf Qamariyyah(ada tanda Shod kecil diatas Alif) Cara bacaannya hendaklah secara Izhar (jelas) huruf Qamariyah adalah Alif, Bha, Ghain, Ha, Jim, Khab, Wau, Ho, Khob, Ya, Mim dan Ha.

IDGHAM SYAMSI (Alif Lam Syamsiyyah).
Menggabungkan huruf Alif Lam ke 14 huruf Syamsiyyah yang didatangkan sebelumnya (ada tanda shod kecil pada huruf Alif) . Cara bacaannya adalah menggabungkan bunyi Lam kedalam ayat shamsiyyah selepasnya dan mengabaikan bunyi Lam.

LAM ASLIYYAH.
Huruf Lam asal, Cara bacaanya adalah Izhar (jelas) menjelaskan Lam Sukun.

MAD
Mad adalah bermaksud menambah atau memanjangkan suara pada huruf-huruf Mad atau huruf-huruf Lin
Mad terbahagi kepada 2 iaitu MAD ASLI & MAD FAR'IE.

MAD ASLI (MAD TABI'E).
Mad Asli bermaksud Asal-tidak terikat dengan sebarang sebab samaada hamzah atau sukun.
Mad Asli ialah huruf mad yang didahului oleh huruf berbaris:
* Alif sebelumnya berbaris atas. Kadar bacaanya 2 harakat (kadar melepaskan 2 jari)
* Wau sebelumnya berbaris depan. Kadar bacaan 2 harakat
* Ya sebelumnya berbaris bawah. Kadar bacaannya 2 harakat

MAD 'IWADH (Ganti).
Ianya terjadi apabila berhenti bacaan (Wakaf) pada baris Tanwin fathat (Baris dua) ketika ini baris dua dibaca dengan baris satu dan Mad 2 harakat.

MAD FAR'IE.
Mad Far'ie ialah bermaksud tambahan -bergantung dengan suatu sebab dalam pembentukannya.
Mad Far'ie mempunyai 2 sebab dalam pembentukannya:
  • Sebab Maknawi- memanjangkan bacaan kerana penafikan sesuatu secara bersungguh-sungguh.
  • Sebab Lafzi-memanjangkan bacaan disebabkan hamzah dan sukun.

Mad 'Aridh Lil Sukun.
Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

Mad Badal.
Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Darikata lainnya asalnya terdapat dua hamzah berturut dalam satu kalimah, maka dibuang hamzah kedua Dan diganti dgn huruf mad sesuai dgn baris huruf hamzah pertama. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:
  • Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal.
  • Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja.
  • Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja.
  • Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').
Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

Mad Jaiz Munfashil.
Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Rengkasnya huruf mad bertemu huruf hamzah dalam dua kalimah. Kadar harakatnya 4 atau 5 harakat.

Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam Al-Quran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran:

Mad Jaiz Munfashil Haqiqi
Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya.

Mad Jaiz Munfashil Hukmi
Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah.

Keadaan ini berlaku pada dua situasi:
  • Ya' Al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah.
  • Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

Mad Lin.
Lin bermakna Lembut/Lunak). Mad Lin terjadi apabila Huruf Lin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja.Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6.Dinamakan Mad Lin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun. (Huruf Lin-Wau dan Ya)

Mad Silah Qasirah.
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.

Mad Silah Towilah.
Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie.

Mad Tamkin.
Mad Tamkin berlaku apabila berhimpun dua Ya' pada satu kalimah. Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah serta bertasydid dan Ya' yang kedua sukun. Kadarnya 2 Harakat.

Mad Tabi'e Harfi Mukhaffaf.
Hurufnya ada lima Ya, Ra, Ha Tho & Ha hukum ini terdapat pada awal surah sahaja. Kadarnya adalah 2 Harakat.

Mad Wajib Muttasil.
Huruf Mad bertemu huruf Hamzah dalam satu kalimah. Kadarnya adalah 4 atau 5 Harakat sahaja. Dibaca dengan 6 harakat ketika Wakaf (berhenti).

Mad Lazim.
Huruf MAD yang disusuli dengan tanda Sukun Asli tetap di dalam bacaan wasal atau wakaf samaada dalam satu kalimah atau harf (sendi nama). Mad Lazim bermaksud tetap kerana ia harus dibaca dengan 6 Harakat tanpa berubah iaitu disebabkan Sukun dalam wasal atau wakaf. Mad Lazim mengandungi 3 jenis:
  1. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Mukhaffaf bermaksud ringan iaitu senang menyebutnya kerana tidak bertasydid dan tidak berdengung. Ianya hanya terdapat pada awal surah sahaja.
  2. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Muthaqqal bermaksud berat iaitu susah untuk menyebutnya disebabkan ada tasydid pada sukunnya. terjadi selepas huruf Mad terdapat sabdu dalam satu kalimah.
  3. Mad Lazim Harfi Musaqqal. Hukum ini terdapat pada awal surah sahaja.
  4. Mad Lazim Kalimi Mukhaffa. Selepas huruf Mad terdapat huruf berbaris mati.

PECAHAN HUKUM HAMZAH

1.Hamzah Qat'ie.
Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu:
  • Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
  • Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati).
  • Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati).
Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan:
  1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44.
  2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283.

Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie.
  1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.
  2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:
  • Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya.
  • Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya.
  • Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya.
  • Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.
  • Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai rumah.
  • Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
  • Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.
Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu:
  • Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumah.
  • Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah.
  • Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau.
  • Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka iaditulisbersendirian tanpa rumah.

2. Hamzah Wasal.
Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah. Tanda: Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja.

QALQALAH

Qalqalah ialah bunyi lantunan yang kuat dari makhraj ekoran bacaan huruf bertanda sukun, makhrajnya ditekan terlalu kuat dan dilepaskan dalam waktu yang singkat. Huruf nya ialah Zal, Jim, Bha, Tho & Khob. Qalqalah terbahagi kepada 3 bahagian:
  1. Qalqalah Sughra. Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah. Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.
  2. Qalqalah Kubra. Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.
  3. Qalqalah Akbar.Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

TAFHKIM & TARQIQ.

(Tafhkim-Tebal. Tarqiq-Nipis)

Tafhkim & Tarqiq terbahagi kepada 3 Huruf hijaiah
  • Huruf-huruf Isti'la' iaitu huruf yang sentiasa di TEBALKAN . semasa menyebutnya, sebahagian besar drpd pangkal lidah terangkat ke langit. Sebutannya kasar & tebal. 7 huruf istila iaitu; Ho,Shod, Dhod, Tho, Dho , Khob & Ain.
  • Bacaan huruf yang kadangkala ditebalkan dan dinipiskan mengikut ayat
  • Huruf-huruf Istifal iaitu huruf yang sentiasa dinipiskan selain dari huruf LAM dan RA

TAFHKIM

Tafhkim bermaksud bunyi yang Tebal atau Gemuk iaitu KHO, SHOD, DHOD, GHAIN, THO, FA dan DHO. Cara bacaannya apabila huruf Tafhkim berbaris atas dan selepasnya terdapat huruf ALIF dan TIADA ALIF. atau huruf Tafhkim berbaris hadapan, berbaris bawah dan bersukun (MATI).Cara bacaan mengikut tempat iaitu khusu dengan kalimah yang dibaca dengan Tarqiq dalam keadaan tertentu dan dibaca dengan Tafhkim di dalam keadaan yang lain. Hurufnya ada tiga iaitu Alif, Lam (ALLAH) & Ra selain huruf Istifal (semasa menyebutnya, sebahagian pangkal lidah tidak terangkat ke lelangit iaitu rendah kebawah. Nipis & ringan .Alif, Bha,Tha, Sya, Jim, Ha, Dal, Zhal, Ra, Zai, Sim, Syin, Ain, Fa, Khaf, Lam, Mim, Nun, Wau, Ha, Hamzah & Ya)

Pecahan Hukum RA
Ra sentiasa dibaca dengan tebal dalam tiga keadaan:
  • Jika ia berbaris atas diawal , pertengahan dan akhir kalimah secara wasal (sambung).
  • Jika ia berbaris hadapan.
  • Jika ia berbaris SUKUN dan huruf sebelumnya berbaris diatas atau dibawah.

Ra' Tarqiq
Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:
  1. Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung kalimah.
  2. Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang).
  3. Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di tengah atau di hujung kalimah.
  4. 4Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah Nuh: 1
  5. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin) dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah.
  6. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad.
  7. Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin.
  8. Ra' yang diimalahkan.

LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ.
Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

SIFAT HURUF
Ciri-ciri huruf Arab mempunyai berbagai sifat, iaitu bentuk sesuatu huruf. mengetahui sifatnya akan dapat mengenal dan membezakan keadaan sebutannya samaada melantun atau berdesir dan sebutan tebal atau nipis.

Sifat-sifat hurufnya mempunyai lawan atau bandingannya dan ada yang tiada lawannya :
  1. Jahr (Nyata) huruf Sha lawannya Hams (senyap) huruf Ha
  2. Shiddah/Syadid huruf Bha (Kuat) & Tawassut (pertengahan) huruf Lam lawannya Rakhawah (Lembut) huruf Ha
  3. Istila' (tinggi) huruf Tho lawannya Istifal (Merendah) huruf Bha
  4. Itbaq (Menghimpit) huruf Dhod Lawannya Infitah (Renggang) huruf Bha
  5. Izlaq (lancar) huruf Nun Lawannya Ismat (tertegah-tersekat sekat) huruf Tha
  6. Sofir (Siulan/Berdesir) huruf Zai
  7. Mahmus (Berangin) syin
  8. Tafasysyi (Semburan) huruf Syim
  9. Istitolah (Memanjang) huruf Shod
  10. 10. Inhiraf (Lencungan/gulung) huruf Lam
  11. 11. Takrir (Getaran) huruf Ro
  12. 12. Ghunnah (Dengung)
  13. 13. Qalqalah (Pantulan) huruf Khob
  14. 14. Lin (Lembut) Ya & Wau

Wednesday, December 23, 2009

Mengenali Note Drum Score


Saya tak la seteror mana main drum ni, cuma suka suka je. Main drum by ear (self tought) ni bahaya sikit, sebab takut tempo lari. Nak belajar TAB DRUM pulak tak detail sangat... so belajarla sikit-sikit pakai note togeh ni....Basic kena ada dalam mengenali note togeh (Score music) lepastu barulah boleh belajar pasal drum score. dibawah ini disertakan basic drum score untuk di hafal. Cuba layari   http://www.drummingweb.com/ dan http://www.drumscore.com/ untuk mnegenali lebih lagi pasal note dan score drum lagu.

Tuesday, August 11, 2009

Tips Cara Pengambilan Amah (MAID)

Step 1: 
Ambik Borang dimana anda berma
stautin (Shah Alam) Bayar Rm2 untuk 2 borang (Visa & Akuan)  
Step 2: 
Isi borang , sediakan
1. Surat kesihatan maid (dibawa oleh agen) 2. Gambar warna Suami isteri 3. Penyata gaji 3 bulan 4. Borang EA 5. Surat Mohon maid 4. Gambar Maid 2 keping (Untuk borang & Visa) 5.
 
Salinan Surat beranak Anak / Surat akuan kesihatan ( Pemohon diertikan sebagai penganjur)  
Step 3
Buat 2 surat mati stem kat bangunan Peransang tingkat 11 (Jabatan Perolehan Cukai pendapatan) Cari kawan untuk tandatangan dibahagian saksi (tak perlu bawa saksi) Masuk terus ke sebelah kiri dan isi borang. Bayar RM 20  
Step 4: 
Hantar semua borang dengan mengambil nombor giliran kat tingkat 2 Kompleks PKNS.Kalau OK,tunggu 3 hari Mereka bagi satu surat.  
Step 5: 
Telepon pegawai dah siap atau belum. Kalau dah siap , dia orang suruh buat moneyorder RM445 Bawa borang kat kaunter nombor bersama money order. Dorang akan panggil dan bagi surat kebenaran.  
Step 6: 
Bila maid dah sampai, sila bawa dokumen & Passport ke 
FEMOMA ( refer renew) dan buat pemeriksaan di klinik yang dipilih. Kalau ok, sihat . hantar passport ke imigresen untuk
di cop VISA. TAMAT





 
RENEW MAID 
Step 1:  
Ambik borang di mana klinik anjuran FEMOMA atau Pejabat FEMOMA  
Step 2: 
Isi, kepilkan Wang Pos RM190, Salinan Passport & Salinan permit kemasukan dari Imigresen  
Step3: 
Hantarkan di Pejabat FEMOMA di Bandar Damansara tunggu sekejap dan dapatkan surat kelulusan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan  
Step 4: 
Bawa surat kebenaran & passport bersama maid ke klinik yang dipilih dan jalani pemeriksaan (Tiada Bayaran Lagi)  
Step 5: 
Tunggu Doktor talipon samada lulus atau tidak Ataupun check kat internet (FEMOMA website). Kat situ akan diberitahu Maid tu ok atau tak  
Step 6
Kalau lulus bawa dokumen dan passport ke imigresen pergi kaunter pertanyaan bagi passport katakan nak renew...pegawai minta RM445 tunggu kejap dapat kelulusan renew  
Step 7: 
* Bila nak buat renew untuk FEMOMA check valid permit kat passport....kalau boleh 2 bulan sebelum tamat jabatan emegresen akan hantar surat untuk renew, pastikan buat femoma dulu dengan bayaran RM 190 salinan Passport lama & baru (original tak payah) dapatkan surat dari femoma kemudian hantar maid buat peperiksaan (refer step 4) next pergi emergresen dengan bayaran RM445 bersama .

Kalau Nak Hantar Maid Bercuti Belikan Tiket (Pastikan passport maid dicatatkan nama & alamat majikan supaya memudahkan dia kembali ke Malaysia (pergi ke emegresen untuk cop nama & alamat majikan) , Hantar Ke Airport Kalau Maid Berhenti/Tamat Tempoh, Sila Pergi Ke Imigresen Lakukan: 
 
Step 1: 
Bawa Passport dan tiket penerbangan dan pergi tingkat 2 bahagian pekerja asing, ambik no katakan nak dapatkan pass surat pelepasan dari imigresen. Tunggu sekejap nanti di bagi 3 salinan surat pelepasan. 1 untuk simpanan majikan 2 untuk dipegang oleh maid.  
Step 2: 
Hantar maid ke Airport (AIRASIA), tanya bahagian kaunter pertanyaan macamana nak check-in , dia akan bagitahu link maner.kita masuk link dan masukkan bag laggage untuk di scan. Lepas tu masuk kedalam, bawa beg ke kaunter yang bertulis destinasi yang dituju. Tunjukkan tiket, nanti dia suruh letak beg atas troler dan pasangkan tag penerbangan...(tulislah something kat situ kalau mahu) dan dia akan beritahu pintu maner nak masuk.  
Step 3: 
Bila time masuk dah tiba (selalunya 1 jam lebih awal) bawa maid tu masuk ke pintu keluar dan pastikan maid bagi surat pelepasan kepada pegawai kat situ Dia akan diperiksa oleh pegawai kat situ.....BYE BYE

Wednesday, January 21, 2009

Diari Amalan Mukmin sepanjang sehari

  1. Niat-niat sembahyang yang tertera dibawah ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.   
  2. 5.00 am • BANGUN TIDUR NIAT SEMBAHYANG SUNAT WUDUK Usalli sunnatal wudu'i rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Wuduk dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat selepas berwuduk. NIAT SEMBAHYANG TAHIYYATUL MASJID Usalli sunnatal Tahiyyatul Masjid raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat bila-bila sahaja ketika memasuki ke dalam Masjid. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.  
  3. 5.40am • SOLAT SUBUH 6.30am • TIDUR  
  4. 7.30am • PERGI KERJA SAMBIL ITU BUATLAH AMAL KEBAJIKAN, BERPESAN PESAN SESAMA INSAN, INGAT MENGINGATI, BERBUAT BAIK, SEBARKAN DAKWAH ISLAMIAH DAN BERBAGAI LAGI AKTIVITI SEBAGAI MUKMIN 
  5. 8.00am • KALAU TIDAK BEKERJA DAN ADA MASA TERLUANG, MENGAJI QURAN10.00am • NIAT SEMBAHYANG SUNAT DHUHA Usalli sunnatal Dhuha rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan ketika matahari sedang naik, dua hingga dua belas rakaat boleh dibuat namun rakaat sebenar tidak terbatas, selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah kemudahan mendapat rezeki dari Allah InsyaAllah. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR  Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
  6. 1.30noon • SOLAT ZOHORNIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR  Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.  
  7. 4.30pm • SOLAT ASAR • NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.  
  8. 5.00pm • AKTIVITI  
  9. 7.30pm • SOLAT MAGHRIB  NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat. NIAT SEMBAHYANG SUNAT AWABIN Usalli sunnata laauwabina raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat awabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua puluh rakaat ataupun sekurang-kurangnya dua rakaat. Waktunya diantara Maghrib dan Isyak, sembahyang ini adalah sama seperti sembahyang sunat taubat.  NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA'  Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.  
  10. 8.30pm • SOLAT ISYAK  • NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA'   Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.  
  11. 9.30pm • TIDUR  
  12. 12.00 tengahmalam • BANGUN TIDUR NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD (12.00 MALAM) Usalli sunnatal Tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas pukul 12.00 malam, sebaik-baiknya terjaga dari tidur, rakaat yang sebenar tidak terbatas tetapi selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah makbul do'a, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, mendapat beberapa kemudahan,murah rezeki, dihormati masyarakat, tiada sampai khianat manusia serta mendapat kelebihan dari Allah dengan syarat diamalkan tiap-tiap malam InsyaAllah.  
  13. 1.30 am • TIDUR

Wednesday, April 2, 2008

Cartoon of the day

Memaparkan keletah keletah manusia dalam bentuk lukisan kartun secara sinis untuk tatapan manusia sejagat.